Selamat Hari Lahir ke 88 Tan Sri P Ramlee






Image may contain: one or more people and textMaka hari ini genaplah 88 tahun umur Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

MARIONEXXES mengucapkan agar rohnya dicucuri rahmat, aman damai di alam akhirat.

Kami pernah mainkan lagu MANUSIA ini di Selangor Vintage Fest 2014:

MANUSIA - P. RAMLEE

Manusia
Lirik Lagu Melayu
P. Ramlee

Manusia… o manusia
Semuanya… semuanya
Tiada… tiada
Lepas siksa… lepas siksa
Suka dan duka silih berganti
Sudah takdirnya Yang Maha Suci
Tetapi… tetapi
Manusia… manusia
Seharusnya… seharusnya
Berusaha… berusaha
Bahagia tak kan datang sendiri
Jika manusia tiada cari

Ooooooooo
Sekarang sudah aman
Ooooooooo
Hidup tiada ketakutan

Masanya… masanya
Sudah tiba… sudah tiba
Tersisih… tersisih
Dari noda… dari noda
Luput dari perangkap durjana
Lepas bebas dari sangkar bahaya
Hemm hem hem hem
Image may contain: 1 person
Tunggu kami muatnaik video Manusia itu.







Takziah Acheh Darurat






Kami ingin mengucapkan Salam Takziah buat semua kenalan, rakan taulan MARIONEXXES di Acheh, Indonesia yang terkorban kelmarin akibat gempa bumi 6.8 Skala Richter.



Derma boleh disalurkan ke Tabung Bencana Negara oleh NEGARA RECORDS

Akaun: 8600383385
Bank: CIMB Bank Berhad
Nama: Negara Records

Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban keluarga mangsa.



Farith Zahir TV9: Editing Skill 1(marionexxes - marilyn monroe)







Hey, thank you to Farith Zahir for editing our Marilyn Monroe music video while practical at Demoplanet TV.



He is now work with Media Prima Berhad as news presenter on TV9.



This is nostalgic.

Harimau Malaya bukan Harimau Malaysia








Harimau jantan,
harimau betina,
Lahir di Malaya,
Beranak pinak di Malaya,
Kini dikenali Harimau Malaya,
Ke mana hilangnya Tanah Melayu?




mari ONE xxes








mariONExxes
www.marionexxes.com
Artwork by Love Icon



Hari Ini Hari Raya - KONTES FOTO & VIDEO 2016






Menangi hadiah duit raya apabila anda melanggan sebarang ringtone Hari Ini Hari Raya dari MARIONEXXES...

HOTLINK : dail *131*144368# tekan send/call
U-MOBILE: sms CT 177500 hantar ke 28118
CELCOM : sms CMT 68301 hantar ke 22990
DIGI : sms CT 0071682 hantar ke 2000





Lagu Harimau Malaya Sebagai Terapi Kesedihan


















Salah seorang peminat menyatakan lagu Harimau Malaya ialah sebuah ubat yang perlu digunakan untuk menyembuhkan kesedihan. Ianya terbukti sebagai terapi mental bagi mereka yang murung. Kajian menunjukkan mereka yang mendengar lagu Harimau Malaya tidak lagi berasa sedih.


Kredit kepada saudara Sabil Hakim.





Sampul Duit Raya MARIONEXXES Semurah RM5






'Sampul Duit Raya' Eksklusif MARIONEXXES
Sepaket 10 keping
RM5/paket


Beli 3 paket PERCUMA 1 paket


Saiz: 80mm x 155mm
'Selamat Hari Raya Aidilfitri'


 
Call/whatsapp +60175556815




NIAT PUASA RAMADHAN: SENANGNYA BACA

Bismillahirahmanirahim

"Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

Amin





Piko doakan adik-adik semua puasa penuh!

Misteri Helikopter Piko






Sejak sekian lama, saya telah mengidamkan mempunyai pesawat sendiri untuk memudahkan urusan terbang ke sana ke mari, al maklumlah sebab sekarang ini saya rasa diri ini terlalu sibuk. Saya perlu hadir ke setiap pelusuk bumi bagi membantu memperbaiki kerosakan bumi Tuhan ini. Namun saya masih lagi belum dapat melaksanakan perintah ini bagi memakmurkan alam sejagat supaya generasi penerus umat manusia peroleh bumi yang lebih selesa daripada apa yang kita hadapi kini; kemarau panjang pasti akan datang KIAMAT, banjir besar juga amaran AKHIR ZAMAN.


(Piko dengan Helikopter-Nya yang mudah terhempas)



'Setiap yang hidup pasti akan mati, 
menghembus nafas terakhir, bertemu Maha Pencipta,

Setiap yang mati pasti akan hidup, 
dibangunkan semula, di Padang Mahsyar'

 - petikan lirik dari lagu KIAMAT (belum diterbitkan)

Andai kala ini dapat sebuah helikopter pasti memudahkan urusan tetapi baru-baru ini termimpi jatuh dari helikopter pula lalu badan berkecai. Terasa makin takut untuk memiliki pesawat peribadi, tetapi jika ada lesen juruterbang tak takut dah kot.

Apakah manusia bakal punya pesawat peribadi setiap seorang beberapa tahun lagi? Wajarkah kenderaan ini disewakan kepada rakyat jelata? Berapa ramaikah orang yang mampu memiliki pesawat peribadi ini?

Kiamat makin dekat!




Anugerah Pilihan Online 2016






MARIONEXXES boleh dicalonkan dalam kategori ke-8

Grup Pilihan Online







Artis berkumpulan atau band yang anda fikirkan layak diberi undi kerana kehebatannya membuat persembahan, kelainan lagu-lagunya, kreatif dalam berkarya selain berbeza daripada grup artis lain.
Sila beri perhatian, setiap calon yang diundi tidak boleh diubah selepas nama mereka dimasukkan.




Harimau Malaya Ditulis Ketika Maria Farida Bujang






Waktu gue menulis lagu ini, Maria Farida masih bujang.

For Harimau Malaya ringtone (Malaysia user only): HOTLINK : dail *131*144631# tekan send/call U-MOBILE: sms CT 177501 hantar ke 28118 CELCOM : sms CMT 68372 hantar ke 22990 DIGI : sms CT 0071683 hantar ke 2000 IDEA OF HARIMAU MALAYA Harimau Malaya is a Malay single discover from the cabaret life of old lady in Tanah Melayu, it is originally inspired by a script reading scene happening in Raja Ahmad own gallery called R A Fine Arts - The Gallery (http://www.rafinearts.com.my) back in 2007 when U-Wei Shaari (the well known Malaysia director, who hits the silk screen with his famous Women, Wife and Whore http://www.xmedialab.com/mentor/u-wei...), read his unreleased tele movie dialog, there was the girls with kebaya, with full tiger stripe on the color, serve the audience with milk cookies. Then when Piko get back to his room in Menara City One (in front of Capsquare), he get the idea to re-write the Tiger Malaya into Malay lyrics. So this is the first song which is come to take the new breath of Malaysia listener. We hope this will help them to give a chance to get more of MARIONEXXES. MARIONEXXES NUSANTARA HITS SONG In 2009, MARIONEXXES release this song as one of the promo item to hit Nusantara market include Malaysia, Indonesia and Brunei. So if you want to get all the stuff please direct to the official page at www.marionexxes.com The song also include the band debut album 'Band Music X' Check it on iTunes stores: http://itunes.apple.com/us/album/band... HARIMAU MALAYA Hey kau si gadis berkebaya, Apa yang membuat kau menjeling? Ketat! Singkat ! Tinggal semalaman dunia aktres, Kembali hidangkan ku tat susu, Comel! Gedik! Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur hati, otaknya bersepai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur, hati Melayu kan layu? Harimau Malaya, Hero si gadis Melayu, bukan! Hey kau si cantik berkebaya, Apa yang membuat hati cair? Ketat! Singkat ! Tinggal harian dunia kaku, Kembali ajar kami etika gadis, Comel! Gedik! Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur hati Melayu yang layu, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur hati Melayu yang layu. 'Kebaya, fesyen lama gadis Melayu, kegilaan dunia glamor kabaret, petunjuk ketulenan gadis Melayu, budaya pakai yang dimamah usia berzaman, hanya dijumpai di semua majlis-majlis kuno gadis Melayu' Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur hati Melayu yang layu, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai, Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya Tak pernah hancur hati Melayu yang layu. Harimau Malaya, Hero si gadis Melayu, bukan!
Total tracks: 16 Artist: MARIONEXXES Digital Release Date: 9th September 2009 Physical Release Date: TO BE CONFIRMED Label: Halim Wahid Enterprise (Malaysia) Management: Pentas Aksi Enterprise (Malaysia) Distributor: Lovelorn Records (Canada) Single Track Listing: Title: Harimau Malaya (Malay song) Track length: 3.38 Song/lyrics by: MARIONEXXES Album Name: BAND MUSIC X Released: 9th September 2009 Label: Negara Records [previously Lovelorn Records (Canada)] http://facebook.com/marionexxes http://twitter.com/marionexxes http://marionexxes.com



Lagu Muzik Bukan Jenayah






Dewasa ini, kita disogokkan,
Irama baru mengkhayalkan,
Kita berdendang, tanpa persoalkan,
Rentak yang sama,

Muzik Bukan Jenayah,
Jenayah Industri Bunyi,
Dicipta tangan kotor,
Merosak seni lagu,

Sebuah lagu kritik





Wei Tak Faham (WTF) Astro 131






Adakah anda terlihat aksi Harimau Malaya di Astro 131 baru-baru ini?
Wei tak faham?



Lagu Kopi Mata






Baru-baru ini, saudara Piko telah mengusahakan lagu tema Kopi Mata dengan bantuan lirik oleh Wantranza. Ianya sebagai lagu tema iklan kepada jenama produk Cen Roma oleh Cengreen Global Berhad. Produk yang berkhasiat ini telah diakui mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan saraf.













Tunggu lagunya pula!



Muzik Bukan Jenayah: Rumah Api Diserbu Polis Lebih 100 Orang Ditahan






Embedded image permalink
Seawal jam 11 malam keadaan tidak beberapa menyenangkan apabila lokasi muzik independen, Rumah Api telah diawasi polis kemudian diserbu ketika gig 'Party Tonight, Revolution Tomorrow' berlangsung. Tidak tahu puncanya, salah seorang session pemain drum kami turut terlibat kerana dia bermain dengan Virginia on Duty. Waktu serbuan dibuat mereka adalah band ke - 3 selepas Blind Tribe, Badass Farmer. Band terakhir Carburetor Dung pun belum sempat buat persembahan.


 
100 Kena Tahan

"Aku dah call Panjang dia dah kena tahan kat IPD Ampang, ambil urin tak tau apa kes" ujar Piko berkenaan penahanan drummer Virginia on Duty itu pada jam 2 pagi. Setakat ini semua mereka ditahan reman. Semua yang ada di Rumah Api termasuk budak jaga tiket, ahli muzik, pelancong seramai 100 orang lebih telah ditahan masuk lori polis.












Semua mereka ditahan reman 3 hari untuk siasatan kecuali Wan Hazril dan Man Beranak dikenakan reman 4 hari.

Muzik Bukan Jenayah

Penguasa telah salah tafsir tentang jenis muzik berat sejak sekian lama lagi, mereka telah menghalang muzik genre metal dimainkan di khalayak. Bagi mereka muzik keras tidak melambang jatidiri bangsa.
 
Embedded image permalink 

Waima penganjuran pertandingan muzik juga telah memasukkan syarat 'Tidak Dibenarkan Bermain Lagu Keras'. Pernah suatu ketika semasa irama rock belum popular di Malaysia dianggap berunsur syaitan.  Keadaan ini memaksa pengkarya muzik rock mula mencipta lagu jiwang supaya dapat cari makan.

Solidariti Rumah Api

Rumah Api ialah sebuah lokasi persembahan seni malah juga pusat pengembangan budaya.
Website Rumah Api http://rumahapi.weebly.com/about.html

Hari Merdeka

Hari ini, 31 Ogos 2015 semua tahanan Rumah Api telah dimerdekakan pada jam 2 petang kecuali 2 orang tauke lokasi acara.
 







Sepupu Piko Mati Dilanggar Lari






SEORANG remaja perempuan maut apabila motosikal diboncengnya digilis

Kronologi Kejadian
Pada hari Isnin, 20hb Julai 2015 telah berlaku insiden yang tidak diigini pada hari raya ke-4, Piko telah kehilangan sepupunya sendiri di Bagan Serai, Perak. Kejadian berlaku sekitar 10 pagi sebaik mereka beraya di rumah nenek di Sungai Dendang, Perak. Suspek telah melarikan diri dengan lori yang mengakibatkan kematian mangsa, Nur Faten Hanani Muhamad Azmi, 18 tahun.

Petikan Akhbar
Berikut ialah berita yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2015:-

BAGAN SERAI 21 Julai – Seorang remaja perempuan maut selepas digilis sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 144, Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Sungai Bogak, di sini hari ini.

Nahas pukul 10.30 pagi itu mengorbankan Nur Faten Hanani Muhamad Azmi, 18, di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kemalangan itu turut mengakibatkan rakannya yang menunggang motosikal Modenas Kriss cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Taiping

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bagan Serai untuk berhari raya di rumah rakan mereka di Simpang Lima dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang dinaiki remaja terbabit cuba mengelak sebuah kenderaan yang berada di bahu jalan.

Bagaimanapun katanya, motosikal tersebut bergesel pula dengan sebuah kenderaan berat yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran.

“Keadaan itu menyebabkan kedua-dua remaja ini tercampak di atas jalan sebelum Nur Faten yang membonceng motosikal itu digilis kenderaan dipercayai lori dan diseret sejauh kira-kira 10 meter.

“Nur Faten yang mengalami kecederaan parah selepas digilis di kepala dan badan mati di tempat kejadian manakala rakannya pula mengalami kecederaan parah,” katanya di sini.

Menurut Omar Bakhtiar, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mereka sekeluarga tidak menyangka Nur Faten akan terlibat dalam nahas ngeri yang mengorbankan nyawanya.

Katanya, remaja yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Permatang Pauh, Pulau Pinang, sejak sebulan lalu itu kelihatan ceria sebelum keluar berhari raya bersama rakan-rakannya.

“Perwatakan Nur Faten berbeza daripada biasa kerana dia begitu ceria sebelum keluar dari rumah dan saya hanya menasihatinya berhati-hati dan menyimpan beg duit di tempat selamat kerana bimbang diragut pencuri,” ujarnya.




Tabung Faten Hanani
Bagi meringankan beban keluarga mangsa, pihak-pihak yang sudi menyumbangkan sumbangan bantuan dana boleh berbuat demikian dengan mendermakan ke akaun berikut:

Nama: Abdul Wahid bin Abdul Halim
Bank: MAYBANK

Akaun: 158453029623

Image result for maybank 

Salam takziah Piko dan keluarga!


 









Malam Pesta LAMPU Di Putrajaya 2014







Panggilan Minit Akhir

Kami mendapat panggilan saat akhir untuk menggantikan slot band yang kosong kerana ada banyak sangat function hari ini, jadi mungkin ini punca utama band-band tak dapat hadir mengisi slot yang disediakan penganjur. Kemudian kami mendapat tahu bayaran juga disediakan namun masih dalam bentuk token walhal acara ini dibawah penganjuran pihak berwajib. Ini perlu penambahbaikan demi industri seni tanahair.

Merdekakah

Memanaskan badan dengan lagu MERDEKAKAH mendapat reaksi positif para penonton.
Sudah agak lama kami tidak mendendangkan lagu ini di khalayak.
"Buka kedai kopi, 
pakat anak bini,
lepak sampai pagi, 
kipas kroni-kroni"

Sebelum kami ada beberapa band hebat mengisi acara iaitu FOI, Double A dan Peristiwa 8 Minit.
Kami main lagu lain Pop, Ada Benda dan ...

Pemain Import Brazil

Sebaik liga semi pro bermula, kami dibenarkan membawa 3 pemain import maksimum, jadi kami menggunakan kapasiti bajet yang ada memperkukuhkan barisan serangan dan pertahanan bagi membendung ancaman lawan. Formasi 3-4-3 masih digunakan dengan strategi serangan hendap.






























Harimau Malaya

Seperti kebiasaan kami mengikut skrip untuk menutup tirai persembahan dengan lagu berhantu 'Harimau Malaya', dilihat wajah gembira para penonton bersama virus korus lagu ini. Pasti mereka dapat tidur nyenyak malam ini, menerkam semula mangsa lain pagi esok mungkin. Akhir kata sekalung penghargaan kepada Pentas Aksi, Perbadanan Putrajaya, Light And Motion Putrajaya dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Foto & Video kredit: Aqilah (LIM KOK WING University)




Peraduan ULTRAMANEXXES: Ultraman Live in Genting 2015






Ya, seperti anda ketahui kami telah mendapat 2 keping tiket eksklusif menyaksikan ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015, jadi kami nak tahu korang nak ikut juga ke?

http://www.rwgenting.com/en/entertainment/2015/ultraman/roadshow.htm

Senang je, folo step ni:
1. Follow kami di Instagram
2. Kemudian hashtag #ultramanexxes
3. Minta kawan-kawan share dan like banyak-banyak okay.


Peraduan tamat pada 31 Disember 2014.

Pemenang akan dipilih pihak MARIONEXXES sendiri.






Harimau Malaya Zalimi Vietnam






Kalah menang adat bertanding, tetapi mengapa sampai berdarah ini?

Kemanakah hilangnya budaya toleransi setiakawan 1Malaysia?








Pemenang Harimau Malaya - Vietnam Piala AFF Suzuki 2014






Tahniah kepada semua pemenang:-

1. Syed Hisham bin Ahmad Fauzi
2. Nur Hasni binti Haji Ahmad
3. Jamilah Yong binti Juzaili
4. Noor Shima Aini binti Mohd Hakim
5. Bung Seong Lim

Tiket boleh didapati daripada krew kami di Stadium Shah Alam jam 4 petang ini.



Tahniah!

HARIMAU MALAYA MENERKAM



Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code